Berita KBS

BERITA KBS

Majlis Penyerahan Felo Perdana

Putrajaya, 23 Ogos 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Felo Perdana bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Seramai 56 orang Felo telah dipilih dan akan memulakan tugas mulai 23 Ogos sehingga 31 Disember 2023. 

Felo Perdana merupakan program berbentuk mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing, mempunyai pengetahuan yang relevan berkaitan sistem pentadbiran negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Felo akan mendapat bimbingan dan menimba pengalaman berkhidmat secara terus daripada Ahli Jemaah Menteri dengan nisbah dua orang bagi setiap Ahli Jemaah Menteri dan seorang bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Hadir sama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kongsi: f 𝕏