BERITA KBS
ASEAN+ Doping Control Officer Symposium
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS merasmikan ASEAN+ Doping Control Officer Symposium di Kuala Lumpur.
Simposium ini disertai 120 orang Pegawai Kawalan Doping dari negara-negara ASEAN termasuk rakan dialog Jepun dan Korea Selatan.
Fokus simposium adalah mengenai bidang pengujian kawalan doping seperti pembangunan kapasiti Pegawai Kawalan Doping, perubahan landskap, jangkaan dan cabaran dalam pengujian kawalan doping, aktiviti pendidikan anti-doping serta pengurusan, pemantauan dan penilaian Pegawai Kawalan Doping.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
