BERITA KBS
Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi Fasa 2
Kuching, 16 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan pelancaran Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi Fasa 2 di Pusat Akuatik Kuching, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
KLAS Renang bagi Fasa 2 yang akan bermula pada September hingga Disember 2023 diperluaskan ke 36 buah lokasi di seluruh negara dengan sasaran penyertaan seramai 5,760 orang kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun daripada keluarga B40.
Pra Pendaftaran bagi penyertaan program KLAS Renang Fasa 2 telah dibuka dan dihebahkan menerusi saluran media sosial Jabatan Belia dan Sukan Negara mulai 16 Ogos 2023. Ibu bapa atau penjaga kepada peserta yang berjaya akan dihubungi oleh Sekretariat JBSN bagi penyelarasan lanjut .
Selain itu, KBS juga sedang melaksanakan projek rintis di bawah program KLAS Renang melibatkan 20 orang kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, 40 orang warga emas dan 20 orang kurang upaya (OKU).
Program juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato’ Gerald Rentap Jabu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
