BERITA KBS
Lawatan Kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah
Tanah Merah, 17 September 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah.
Beliau disambut oleh Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah IKBN Tanah Merah. YBhg. Ts. Dr. diberi taklimat kursus yang ditawarkan, pengurusan dan projek pembangunan di IKBN tersebut.
Susulan itu, satu sesi perjumpaan dan amanat bersama kakitangan diadakan sebelum meninjau bengkel teknologi fesyen dan lain-lain fasiliti.
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh En. Shahrul Affendi bin Baharudin Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, Pn. Rai'dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia), KBS, En. Amir Hamzah Bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian (Pembangunan), KBS, En. Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Negeri Kelantan dan En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.
