Berita KBS

BERITA KBS

Mesyuarat KSU KBS bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Tinjauan Pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau

Kelantan, 18 September 2023 - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YM Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal.
 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pembangunan fasiliti sukan di Kelantan, kerjasama program belia dan sukan serta penganjuran SUKMA 2028.
YBhg. Ts. Dr. turut ke Pasir Puteh untuk meninjau perkembangan Projek Pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau. Pembangunan kompleks sukan yang berkeluasan 160.366 ekar membabitkan beberapa venue utama seperti stadium, arena tertutup, stadium hoki, pusat akuatik dan pusat skuasy.
 
Taklimat perkembangan projek telah disampaikan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia dan dihadiri wakil SUK Kelantan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM.
 
Turut serta, EXCO pendidikan, pengajian tinggi, teknologi hijau, digital dan inovasi, Tuan Wan Roslan Wan Hamat, EXCO belia, sukan, NGO dan perpaduan masyarakat, Tuan Zamakhshari Muhamad, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili bin Ismail, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 JKR, Sr. Siti Baizura bt Mohamad Noor, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah JBS Negeri Kelantan, Encik Mohd Saipuddin Zakaria.
 
Kongsi: f 𝕏