Berita KBS

BERITA KBS

Majlis Pengenalan Pasukan LTdL 2023

Kuala Terengganu, 22 September 2023 -  Majlis pengenalan 22 pasukan yang bertanding pada perlumbaan berprestij berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 telah berlangsung dengan  meriah bertempat di Dataran Panoramik, Kuala Terengganu.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan YB Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu.

Edisi ke-27 kali ini membabitkan seramai mewakili 2 pasukan WorldTeam, pasukan ProTeam, 11 pasukan Continental dan satu pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian dengan jarak keseluruhan perlumbaan 1,278.1 kilometer (KM), membabitkan 11 negeri di semenanjung Malaysia.

Turut hadir sama, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kongsi: f 𝕏