BERITA KBS
Peringkat Pertama PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023
Kuala Terengganu, 23 September 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke penamat dan penyampaian hadiah Peringkat Pertama PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023.
Pelumba pasukan Tudor Pro Cycling, Arvid De Klein ditabalkan juara peringkat pertama LTdL 2023 sekaligus menyarung jersi hijau PETRONAS - pendahulu keseluruhan. Arvid juga turut menyarung jersi oren KBS selaku Best Sprinter.
Pelumba Terengganu Polygon Cycling (TSG), Nur Aiman Zariff berjaya menggondol jersi polkadot - Raja Bukit pada peringkat pertama PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023 . Jersi putih Best Asian Rider menjadi milik pelumba Tegshbayar (R0I).
Perlumbaan Peringkat 1 bermula dari Kerteh ke Kuala Terengganu meliputi jarak keseluruhan 187.4km dengan kesemua pasukan akan menempuh dua pendakian kategori empat di Jerangau dan Sekayu selain tiga zon pecut di Dungun, Ajil dan Tok Jamal.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
