BERITA KBS
Peringkat Kedua PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023
Kuala Terengganu, 24 September 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyempurnakan pelepasan Peringkat Kedua PETRONAS Le Tour de Langkawi 2023 di Kuala Terengganu.
Peringkat kedua bermula di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu sejauh 186.2km dengan tiga zon pecutan di Bukit Nenas (Km34.6); Bandar Permaisuri (Km87.4) dan Peringat (Km173.2km) serta dua zon pendakian KOM4 di Setiu (Km49.3) dan Pelong (Km56.8) sebelum perlumbaan tamat di depan AEON Mall, Kota Bharu.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
