BERITA KBS
Kejohanan Perahu Panjang Piala Presiden Perbadanan Putrajaya
Putrajaya, 24 September 2023 - Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan Malaysia (MYSO) dengan kerjasama Kelab Team KBS telah menghantar pasukan bagi menyertai Kejohanan Perahu Panjang Piala Presiden Perbadanan Putrajaya yang diadakan pada 23-24 September 2023.
Pasukan ini merupakan gabungan pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan daripada kementerian, jabatan dan agensi di Putrajaya.
Acara yang disertai :
1. Bot 10 Lelaki Agensi
2. Bot 10 Wanita Agensi
3. Bot 10 Campuran Agensi
Pencapaian keseluruhan Pasukan Perahu Panjang KBS adalah seperti berikut:
1. Bot 10 Lelaki Agensi : Tempat Kelima
2. Bot 10 Wanita Agensi : Tempat Ketiga
3. Bot 10 Campuran Agensi : Tempat Ketiga
KEPUTUSAN KESELURUHAN : Tempat Ketiga
Syabas dan tahniah buat #TeamKBS .
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
