Berita KBS

BERITA KBS

Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS

Putrajaya, 31 Oktober 2023 -  Kementerian Belia dan Sukan komited dalam melaksanakan program-program pembudayaan dan pemerkasaan inovasi di peringkat Kementerian.

Menerusi Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi memupuk semangat inovasi dalam warga KBS. Antara aktiviti tersebut Eksplorasi Inovasi, Seminar Inovasi, pameran agensi dan banyak lagi.

Sambutan Hari Inovasi pada tahun ini adalah sebagai pengenalan dan pendedahan awal mengenai kepentingan inovasi kepada seluruh warga Kementerian selain menggerakkan semula Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Kongsi: f 𝕏