Berita KBS

BERITA KBS

Khidmat Komuniti di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Puchong, 27 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan turun padang bersama-sama Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) menjalankan usaha khidmat komuniti di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.

Khidmat komuniti ini dijalankan di bawah inisiatif gaya hidup Rakan Prihatin - platform menanamkan rasa simpati dan empati menerusi pembudayaan nilai kesukarelawanan dan kemasyarakatan (rentas generasi - inter generation).

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kongsi: f 𝕏