Berita KBS

BERITA KBS

Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024 - Penutup

Putrajaya, 4 Februari 2024 - Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024 melabuhkan tirainya hari ini.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan POD khasnya pengunjung Reruai KBS.

Sepanjang empat hari berlangsung, KBS menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti konsultasi program belia dan sukan, pendaftaran rakan muda, perkhidmatan terapi sukan, kuiz dan sebagainya.

Jumpa lagi di tahun hadapan.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Kongsi: f 𝕏