Berita KBS

BERITA KBS

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 - Malaysia lwn Oman

26 Mac 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 - Malaysia lwn Oman.

Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila tewas kepada Oman dengan jaringan 0-2 dalam perlawanan tersebut.

Hadir sama menyaksikan perlawanan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kongsi: f 𝕏