Berita KBS

BERITA KBS

Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024

1 Jun 2024, Alor Setar, Kedah - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.

Mengangkat tema “Yakin Boleh”, penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2024 antaranya bacaan Ikrar Belia Malaysia, aktiviti sukan dan rekreasi, persembahan seni dan kebudayaan, pameran jabatan/ agensi kerajaan, swasta dan NGO dan banyak lagi .
Seterusnya, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 seperti berikut:
 
📌 Kategori Individu Lelaki
🏆 Saudara Muhammad Hasrullah Md Hasmi
📌 Kategori Individu Wanita
🏆 Saudari Nurul Ummi Muhammad Razak
📌 Kategori Pertubuhan Belia
🏆 Majlis Belia Daerah Kota Setar
 
Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhamad Radhi Haji Mat Din dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
 
Kongsi: f 𝕏