Berita KBS

BERITA KBS

Program Akreditasi Renang dan Keselamatan di Air

15 Jun 2024, Sungai Petani, Kedah - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Program Akreditasi Renang dan Keselamatan di Air yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah.

Program anjuran SP Aquatic Club dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah ini melibatkan seramai 405 orang peserta telah diakreditasi bagi mendapat sijil penyertaan kemahiran renang tahap 1.

Sesi demontrasi renang juga diadakan oleh peserta Program KLAS Renang Negeri Kedah Daerah Kuala Muda (Kanak-kanak dan Remaja OKU) dan Kubang Pasu (Kanak-kanak Kategori B40).

Hadir sama  Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kongsi: f 𝕏