Berita KBS

BERITA KBS

Kunjung Hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Delegasi KBS yang diketuai oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan sesi kunjung hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sesi kunjungan tersebut telah membincangkan potensi usaha sama strategik antara KBS dan SPRM untuk mempertingkatkan tata kelola bagi mencegah sebarang pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan wang awam. Usaha ini selari dengan usaha berterusan Kerajaan untuk mewujudkan jentera perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi selari dengan aspirasi Malaysia Madani. 

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Tuan Nazli Rasyid bin Hj. Sulong, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Puan Lim Bee Kean, Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Puan Geetha Ramachandran, Ketua Unit Integriti KBS serta pegawai-pegawai KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS

Kongsi: f 𝕏