Berita KBS

BERITA KBS

Lawatan Pemantauan Projek Menaik Taraf Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. 

27 Jun 2024, Kuala Lumpur -Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan lawatan pemantauan ke projek menaik taraf Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. 

Projek menaik taraf ini melibatkan penggantian bumbung Arena Nicol David, penggantian salur tegak air hujan, pembaikan paip, pemasangan sistem perlindungan kilat dan penghawa dingin. 

Penaik tarafan pusat yang dijangka siap pada hujung tahun ini, dijangka memberi manfaat kepada atlet, penggiat dan peminat sukan skuasy negara. Diharapkan agar pusat ini dapat terus melahirkan atlet skuasy yang berkualiti untuk mengharumkan nama negara di temasya sukan antarabangsa pada masa akan datang.

Turut hadir adalah En. Mohd Zulqurnain bin Hj. Muhammad, Ketua Pegawai (Pentadbiran dan Kewangan), Perbadanan Stadium Malaysia.

Kongsi: f 𝕏