Berita KBS

BERITA KBS

KURSUS PENGURUSAN BERKESAN PERTUBUHAN BELIA (KPB) MENDAPAT SAMBUTAN BELIA NEGERI SEMBILAN & MELAKA

28 Jun 2024, Negeri Sembilan, - Sejajar dengan matlamat memperkasakan pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan & Negeri Melaka pada 21-22 Jun 2024.

Berlangsung di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, kursus ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam dengan kehadiran seramai 84 orang peserta yang terdiri daripada 45 Pertubuhan Belia Tunggal, Pertubuhan Belia Bercawangan, Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Negeri.

  • Antara pengisian kursus ini adalah seperti berikut :
  • Bimbingan aspek pengurusan dan tadbir urus yang baik dalam pertubuhan belia
  • Kaedah dan simulasi pengendalian Mesyuarat Agung dan penyediaan Minit Mesyuarat
  • Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara latihan dalam kumpulan
  • Penarafan Bintang (Star Rating)
  • Skop pindaan Akta 668 (A1602) dan Pindaan Perlembagaan
  • Taklimat mengenai Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara

Yang Berhormat Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus ini. Turut hadir adalah En. Mustaza bin Mustafa Kamal, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan En. Nor Faizal Bin Nordin, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

 

Kongsi: f 𝕏