Berita KBS

BERITA KBS

Perhimpunan Bulanan KBS - Julai 2024

9 Julai 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan Julai 2024.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri mahu program-program KBS yang dilaksanakan berdasarkan data driven. Program atau aktiviti yang dijalankan hendaklah berdasarkan analisis keperluan dan impak.
 
Beliau juga turut menyeru agar semua warga KBS bersama-sama mendoakan kejayaan atlet negara di Temasya Sukan Olimpik 2024 agar dapat merealisasikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas pertama buat Malaysia.
 
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
 
Kongsi: f 𝕏