BERITA KBS
ATLET BAWA BALIK PINGAT EMAS OLIMPIK PERTAMA TERIMA TAJAAN
16 Julai 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mengumumkan dua penaja yang akan memberikan tajaan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Tajaan ini adalah sebagai menyuntik semangat atlet agar dapat memberikan aksi yang terbaik di bumi Paris nanti.
Dua penaja tersebut ialah dari Tan Sri Dr. Lim Wee Chai , Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove menawarkan pangsapuri servis bernilai RM 1 juta dan En. Lim Kim Heng, Pengerusi Eksekutif Senheng yang menawarkan wang tunai RM 1 juta kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas di bawah Program Bakat Badminton SS (2102-2016) yang telah layak ke Sukan Olimpik Paris iaitu Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tan Jie.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan terima kasih dan amat menghargai atas usaha sama antara kerajaan dan pihak swastamemainkan peranan yang sangat penting.
KBS mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan korporat untuk tampil ke hadapan dalam usaha sama memajukan lagi industri sukan negara.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
