Berita KBS

BERITA KBS

Pelancaran Sports Aviation Management System (SAMS)

18 Julai 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan pelancaran Sports Aviation Management System (SAMS) di Menara KBS, Putrajaya.

Aplikasi telefon SAMS yang dibangunkan oleh Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MASF) menyatukan semua keperluan komuniti sukan udara sekaligus menjadi platform yang boleh diakses dan mesra pengguna, menjadikan penerbangan rekreasi dan sukan lebih mudah dan selamat untuk semua orang.

Dalam masa yang sama KBS juga berhasrat untuk menerokai kerjasama dengan MASF untuk membangunkan kursus TVET KBS dalam bidang sukan.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kongsi: f 𝕏