BERITA KBS
KUNJUNG HORMAT UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAM (UNDP) KE ATAS YB MENTERI BELIA DAN SUKAN
18 Julai 2024, Kuala Lumpur - Bertempat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjung hormat dari United Nations Development Program (UNDP) yang diketuai Mr. Niloy Banerjee, selaku Resident Representative UNDP Malaysia, Singapore & Brunei Darussalam dan Dr. Jessie Swee Neo Cheah, Head of UNDP Inclusive Growth & Prosperity (IGP), UNDP Malaysia, Singapore & Brunei Darussalam.
Turut bersama dalam sesi ini ialah YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan Dr. Norhasmat Abd. Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa. Sesi kunjungan ini telah membincangkan mengenai peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara KBS dan UNDP pada masa hadapan. Turut dibincangkan adalah pelaksanaan program di bawah UNDP yang boleh disertai oleh KBS.
Perbincangan antara KBS dan UNDP ini diharap dapat memperkukuhkan kerjasama strategik kedua-dua pihak bagi memastikan program di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan jayanya.
KBS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan UNDP dan menyahut baik usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak UNDP dalam pembangunan dan pemerkasaan belia di Malaysia dan rantau ASEAN.
