BERITA KBS
Sesi Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas Siri II Tahun 2024
23 Julai 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas Siri II Tahun 2024.
Sesi perbincangan meja bulat ini merupakan susulan kepada siri I yang telah diadakan pada 8 Februari lepas yang bertujuan untuk melaporkan maklum balas dan gerak kerja program yang telah dilaksanakan bagi separuh tahun pertama 2024.
Selain itu, sesi perbincangan pada kali ini juga membincangkan inisiatif/ program/ aktiviti secara lebih berfokus kepada pengukuhan peranan agensi kerajaan untuk menjayakan inisiatif pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas.
Sesi Perbincangan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
