BERITA KBS
KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2024
19 Julai 2024, Bangi, Selangor - Kursus Pengurusan Tatatertib Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya pada 17 hingga 19 Julai 2024 bertempat di Institut Semarak FELDA, Bangi.
Kursus anjuran Unit Integriti, Kementerian Belia dan Sukan ini menyasarkan para pegawai yang melaksanakan fungsi Urus Setia Lembaga Tatatertib di Agensi/Jabatan/Institusi di bawah KBS, telah dihadiri oleh 48 orang peserta dari seluruh pelusuk negara. Kursus selama 3 hari 2 malam ini juga telah dijayakan dengan kerjasama dan penglibatan panel penceramah daripada pelbagai Agensi iaitu Tuan Muhammad Hafiz bin Yazid, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kementerian Luar Negeri, Encik Amiruddin bin Abdul Karim, Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Encik Muhammad Fikri bin Karmajaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam serta Puan Salwa binti Mhd Asrar, Penasihat Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Di antara pengisian kursus adalah Prosedur Pengurusan Aduan, Pengesahan dan Siasatan, Rasuah dan Salah Guna Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam, Prosedur Tatatertib: Kuasa, Praktis dan Cabaran, Kes Tidak Hadir Bertugas, Isu Psikologi dan Perubatan, Kes Gangguan Seksual dan Skandal, Prosedur Jenayah, Surcaj dan Laporan Pihak Berkuasa Integriti, Implikasi Hukuman Tatatertib dan Perkongsian Setitik Nila, Perkongsian Kesalahan Lazim Dalam Tatatertib serta Judicial Review Dalam Perkhidmatan Awam. Para peserta juga berpeluang berkongsi isu, cabaran dan pandangan mengenai kes-kes yang sedang ditangani di jabatan masing-masing.
Turut hadir pada kursus ini adalah Puan Geetha Ramachandran, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai di Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang telah berjaya hadir pada kursus ini.
