Berita KBS

BERITA KBS

Sesi Taklimat Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).

25 Julai 2024, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, telah berlangsung sesi taklimat pemasangan panel solar yang telah disampaikan oleh wakil Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).

Sesi taklimat yang disertai oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS serta Pengurusan Tertinggi KBS ini bertujuan memberi penerangan tentang manfaat tenaga solar dalam mengurangkan bil elektrik, kos operasi, dan jejak karbon.

Selain itu juga untuk meningkatkan kesedaran, memberikan maklumat teknikal, menjelaskan peraturan dan kepatuhan yang berkaitan, serta menggalakkan kerjasama KBS bersama SEDA dan PETRA.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Kongsi: f 𝕏