Berita KBS

BERITA KBS

Bengkel Kajian Integriti Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

25 Julai 2024, Kuala Lumpur - Unit Integriti (UI), KBS dengan usaha sama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Kajian Integriti Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melibatkan penyertaan seramai 40 orang pegawai focal integriti KBS. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengenalpasti instrumen seterusnya membangunkan set soalan kajian integriti yang akan dilaksanakan kepada seluruh warga KBS di pelbagai peringkat.

Kajian integriti ini pula, bertujuan untuk mengenal pasti tahap nilai integriti dalam kalangan warga KBS dan tahap integriti organisasi di KBS. Hasil kajian ini dapat membantu dalam perancangan program-program tatakelola, pengurusan dan pemantapan integriti organisasi.

YBrs. Puan Geetha Ramachandran, Ketua Unit Integriti KBS turut hadir merasmikan penutupan bengkel tersebut.

Kongsi: f 𝕏