BERITA KBS
Mesyuarat Bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia
5 Ogos 2024, Putrajaya - Mesyuarat bersama Dr. Sharmila Bernau, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS.
Antara perkara yang telah dibincangkan ialah program-program yang menjadi fokus Kementerian serta peluang berkolaborasi dengan pihak Pesuruhjaya Tinggi & Kerajaan New Zealand dalam bidang belia dan sukan.
Mesyuarat ini secara langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan New Zealand. Turut hadir bersama ialah Puan Kirsty Sharp dari Asia New Zealand Foundation dan Puan Ella Nicholls dari Pesuruhjaya Tinggi New Zealand serta beberapa pegawai KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
