JBSN dengan Cabinet of Japan (COJ) akan menganjurkan Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun ke 48 bagi tahun 2024.
Program ini melibatkan pelayaran selama 38 hari bermula pada 4 November sehingga 11 Disember 2024 dengan menaiki kapal Nippon Maru yang bermula daripada Tokyo Jepun dan akan berlabuh di dua Negara iaitu Vietnam dan Indonesia.