Berita KBS

 Majlis Penyerahan Kenderaan Kepada Pemenang Pingat Sukan Paralimpik Paris 2024

Majlis Penyerahan Kenderaan Kepada Pemenang Pingat Sukan Paralimpik Paris 2024

21 Januari 2025, Shah Alam, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Penyerahan Kenderaan Kepada Pemenang Pingat Sukan Paralimpik Paris 2024 di Chery Glenmarie Showroom, Shah Alam.

Pemenang pingat di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerima kereta baharu daripada Chery Malaysia yang memberi tawaran diskaun kepada pemenang-pemenang pingat di temasya sukan terbesar dunia itu tahun lalu.

Syarikat pengeluar kereta itu memberi diskaun besar sebagai penghargaan memenangi pingat dan menghormati kejayaan atlet paralimpik negara.

Diskaun 50 peratus ditawarkan kepada pemenang emas Paralimpik, manakala pemenang pingat perak menerima diskaun 30 peratus.

Selain itu, diskaun 15 peratus turut diberikan kepada semua atlet yang layak ke Sukan Olimpik Paris.

Jaguh badminton negara yang juga pemenang pingat emas kategori SU5, Cheah Liek Hou memilih model elektrik sepenuhnya Chery Omoda E5 manakala jaguh lontar peluru yang memenangi pingat perak kategori F20, Muhammad Ziyad Zolkefli memilih model Chery Omoda 5.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-03-2025, 09:14:13

Jumlah Pengunjung Laman :

Search