
Majlis Perasmian dan Penutupan Klinik Sukan MSN – MySkills Foundation
- ukk
17 Februari 2025, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir meyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan Klinik Sukan MSN –MySkills Foundation bertempat di Kampus MySkills, Kalumpang, Selangor.
Klinik Sukan Olahraga dan Hoki anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama MySkills Foundation melibatkan penyertaan belia seramai hampir 100 orang peserta.
Program kerjasama seperti ini mampu menjadi platform untuk meluaskan talent pool sukan dalam kalangan kanak-kanak dan belia.
Di samping itu, YB Menteri juga turut dibawa melawat fasiliti yang terdapat di Kampus MySkills & Pusat Latihan Kemahiran Holistik TVET.
Diharapkan dengan lawatan dan aktiviti klinik sukan ini dapat membuka peluang untuk lebih banyak perancangan dan kerjasama bersama MySkills Foundation dalam bidang sukan, TVET dan juga Rakan Muda.
Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatakarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja