Berita KBS

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM)

21 Februari 2025, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), YBhg. Datuk Zamri bin Misman pada 21 Februari 2025.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama strategik untuk program-program kepengerusian ASEAN yang melibatkan pemerkasaan sukan, undang-undang dan mahkamah timbang tara sukan.  

Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Encik Suhardi Bin Alias, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Encik Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS, YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) BHEUU serta Encik Mohamed Nazrein bin Mohamed Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Dasar dan Penyelidikan, BHEUU.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 23-04-2025, 11:22:04

Jumlah Pengunjung Laman :

Search