
Majlis Perasmian Stadium Pickleball di Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Mall Kuala Lumpur
- ukk
10 Mac 2025, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Stadium Pickleball di Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Mall Kuala Lumpur sempena Inisiatif CSR “Free Pickleball For School”.
Stadium Pickleball di Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Mall Kuala Lumpur adalah di bawah seliaan E-Motion Sdn. Bhd. merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menawarkan latihan, penggunaan gelanggang dan alatan pickleball seperti padel dan bola secara percuma kepada semua pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan seluruh negara.
Tawaran ini adalah untuk setiap hari bekerja bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Inisiatif syarikat ini selari dan menyokong usaha KBS dalam merancakkan pembudayaan sukan dan amalan gaya hidup cergas dan bertepatan dengan matlamat Visi Sukan Negara 2030.
KBS berharap lebih banyak lagi syarikat swasta dan pemegang taruh yang lain dapat tampil ke depan dalam melaksanakan CSR berkaitan sukan kerana pembangunan sukan negara merupakan tanggungjawab bersama dan memerlukan pendekatan whole-of-nation.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja