Lawatan Kerja Ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur
- ukk
20 Mei 2025, Sungai Besi - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Lawatan ini merupakan cerminan komitmen KBS terhadap kesejahteraan belia seterusnya melaksanakan inisiatif intervensi bagi menangani penyalahgunaan dadah/ bahan terlarang.
Antara objektif utama lawatan ini adalah meninjau dan mendapatkan pengetahuan berkenaan pengoperasian PUSPEN Sungai Besi yang dikhususkan kepada klien yang ingin mendapatkan rawatan secara sukarela.
Di samping itu, lawatan ini juga untuk mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama di antara KBS termasuklah agensi di bawahnya dan AADK menerusi penganjuran program dan kempen advokasi termasuklah di bawah inisiatif Rakan Muda.
Lawatan ini juga mencerminkan keprihatinan kerajaan MADANI di dalam memastikan kesejahteraan belia diberikan keutamaan dan perhatian seiring dengan nilai-nilai MADANI iaitu kesejahteraan, keyakinan dan ihsan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
