Berita KBS

BERITA KBS

Youth Expatriate Sports (YES) FUTSAL Tournament and Safer Sport Day Malaysia 2023

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Youth Expatriate Sports (YES) FUTSAL Tournament and Safer Sport Day Malaysia 2023 di Puchong.

Kejohanan futsal diadakan bersempenan sambutan ASEAN ke-56 selain menghubungkan golongan muda dari seluruh dunia bagi memperkasakan mereka menerusi gaya hidup bersukan. Kejohanan ini melibatkan golongan muda berusia lingkungan umur 18 hingga 40 tahun untuk menonjolkan bakat mereka di gelanggang futsal.

Disamping itu juga turut diadakan Sambutan Hari Sukan Selamat yang disambut pada setiap 8 Ogos. Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Kod Sukan Selamat sebagai panduan dan rujukan kepada Komuniti Sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab Komuniti Sukan secara jelas dan menyeluruh.

Kod Sukan Selamat adalah cerminan kepada komitmen semua pemegang taruh dalam memastikan persekitaran sukan kita di Malaysia adalah bebas daripada segala bentuk penderaan dan gangguan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian sukan negara di peringkat antarabangsa.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
Kongsi: f 𝕏
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 03-05-2026, 22:41:53
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.