Sambutan Hari Kebangsaan 2025
- ukk
31 Ogos 2025, Putrajaya - Dengan semangat kemerdekaan yang membara, seramai hampir 150 orang daripada Kontinjen Sukan Negara telah menyemarakkan acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah di Dataran Putrajaya.
Kontinjen Sukan Negara yang dianggotai oleh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama atlet negara ini mencerminkan semangat perpaduan, kekuatan serta komitmen tinggi seluruh warga sukan tanah air.
Lebih istimewa, penyertaan para pemenang pingat emas dari Temasya Sukan SEA Pekak 2025 yang baru sahaja mengharumkan nama Malaysia turut menyerikan lagi sambutan kali ini, sekali gus menyalakan api patriotisme dalam kalangan rakyat.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, lebih 100,000 orang pengunjung daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat membanjiri Dataran Putrajaya sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan semangat cinta akan tanah air.
Sambutan penuh gilang-gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025!
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
