Berita KBS

Wacana Pemimpin Muda Negeri Kelantan 2023

Wacana Pemimpin Muda Negeri Kelantan 2023

Kota Bharu | 15 Julai 2023 - Program Wacana Pemimpin Muda Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri
Kelantan. Seramai 620 orang belia-belia di Negeri Kelantan telah hadir bagi memeriahkan program ini.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta padat dengan informasi diadakan pada program ini antaranya Ceramah Jom Berpersatuan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, En. Hasnul Haniff Harun, Integriti dalam Berpersatuan oleh En. Azizi Abdul Latif daripada SPRM Negeri Kelantan dan Tokoh Pemimpin Belia oleh Encik Suhail bin Mohamed Kamaruddin.

Selain itu turut diadakan pameran oleh IKTBN Bachok, IKTBN Tanah Merah dan Pertubuhan Pemuda GEMA Kelantan. Diharap pendekatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ini mendekati belia-belia yang terdiri daripada belia berpersatuan, belia IPTA dan IPTS serta belia sekolah dapat menarik minat mereka menjadi ahli persatuan belia dan mengikuti program - program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.