Berita KBS

Program Inisiatif Sukan Rahmah

Program Inisiatif Sukan Rahmah

Klang, 1 Ogos 2023 - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan pelancaran Program Inisiatif Sukan Rahmah bertempat di AEON BiG Klang.

Program ini merupakan usaha AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG bagi menyokong aktiviti sukan di Malaysia, selain mempromosikan sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh di dalam komuniti.

Program ini juga dapat memberi lebih akses kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki peralatan sukan sekaligus membantu mereka memperkembangkan bakat sukan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Melalui program inisiatif Sukan Rahmah ini, AEON BiG menyediakan lebih daripada 100 jenis peralatan dan pakaian sukan yang akan diberi diskaun di antara 10 hingga 30 peratus.

Promosi ini akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 14 Oktober 2023. Ianya akan memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara pada Oktober nanti.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.