Perhimpunan Bulanan KBS – September 2025
- ukk
25 September 2025, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke Perhimpunan Bulanan KBS – September 2025.
Dalam amanatnya, beliau berkongsi intipati penting daripada Mesyuarat Ketua Setiausaha bersama YAB Perdana Menteri. Antaranya, YAB Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua penjawat awam atas usaha menjayakan pelbagai inisiatif dan program kerajaan.
Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam melaksanakan tugasan harian, berbelanja secara berhemah serta menghayati nilai dan aspirasi yang terkandung dalam gagasan Malaysia MADANI.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Zon EKSA Terbaik serta Anugerah Khas Pekerja Terbaik KBS bagi April, Mei dan Jun 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan!
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
