Berita KBS

Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) – Memperkasa Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif

Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) – Memperkasa Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif

30 September 2025, Cyberjaya, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir merasmikan Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) – Memperkasa Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif di Cyberjaya, Selangor.

Program ini menghimpunkan penggubal dasar, penyelidik, institusi pendidikan, persatuan penduduk serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengumpul input melalui cadangan, pandangan dan maklum balas untuk menghasilkan Resolusi Memperkukuhkan Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif Belia.

Persidangan ini memberi tumpuan kepada empat sesi perbincangan, termasuk dua sesi perkongsian yang menekankan hala tuju pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif, harapan masyarakat serta tanggungjawab pelbagai pihak, di samping membincangkan keperluan dasar dan polisi yang lebih menyeluruh.

RTD ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran, selain mendokumenkan cadangan dan pandangan peserta sebagai rujukan bagi penambahbaikan dasar.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.