Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam Kementerian 2025
- ukk
30 September 2025, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerima Penarafan Platinum bagi prestasi Pengurusan Aduan Awam Tahun 2025 sempena Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam Kementerian 2025 di Putrajaya.
Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar dan diterima bagi pihak KBS oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan yang hadir mewakili Ketua Setiausaha KBS.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan usaha berterusan warga KBS dalam memperkukuh tadbir urus aduan awam yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
