Penyampaian Dana Antarabangsa Belia 2025 (IYF@KBS) Jendela Ketiga
- ukk
1 Oktober 2025, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, telah menyempurnakan penyampaian Dana Antarabangsa Belia 2025 (IYF@KBS) Jendela Ketiga di Menara KBS, Putrajaya.
Seramai 14 orang belia terpilih sebagai penerima dana bagi jendela ketiga ini. IYF@KBS merupakan inisiatif KBS dalam memperkasa pembangunan belia melalui penglibatan aktif mereka dalam mesyuarat, forum, persidangan dan simposium antarabangsa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima. Diharapkan para belia ini dapat menjadi duta muda negara yang berwibawa, mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa serta membawa pulang pengalaman, pengetahuan dan rangkaian kerjasama global untuk dimanfaatkan bersama belia di tanah air.
Hadir sama, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADAN
