NAZIRAN PEMATUHAN TATAKELOLA OLEH JAWATANKUASA FUNGSI PEMATUHAN PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- ukk
30 September 2025, Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Jawatankuasa Fungsi Pematuhan (JKFP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan naziran semak silang di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi memperkukuh tadbir urus serta amalan integriti dalam sektor sukan.
Naziran memberi fokus kepada pematuhan waktu bekerja, pekerjaan luar, isu keterhutangan kewangan, peranan ketua jabatan serta aspek lain berkaitan pematuhan. Delegasi JKFP yang diketuai Ketua Unit Integriti KBS, Tuan Razali bin Khamis bersama wakil-wakil Unit Integriti agensi di bawah KBS turut diberi taklimat mengenai fungsi utama PSM.
Kehadiran wakil Unit Integriti ini juga menjadi platform untuk mempelajari peranan agensi lain, berkongsi amalan tadbir urus terbaik, serta memperkukuh prosedur kerja sedia ada. Perkongsian ini penting bagi memastikan jalinan kerjasama strategik dan pertukaran pengetahuan berterusan dalam kalangan agensi di bawah KBS.
Delegasi disambut baik oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Mohd Zulqurnain bin Haji Muhammad, bersama Ketua Unit Integriti PSM, Tuan Haji Abu Yasir bin Haji Abu Noor.
