Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025
- ukk
11 Oktober 2025, Ipoh, Perak - YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh.
Sambutan yang turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ini, merupakan kali pertama HSN peringkat kebangsaan diadakan di luar Lembah Klang — selaras dengan usaha memperluas dan merakyatkan budaya sukan dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat.
Bertemakan “Malaysia Aktif”, sambutan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Oktober 2025 ini menampilkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dengan kehadiran lebih 10,000 orang.
Secara keseluruhan, lebih 40 acara utama di peringkat kebangsaan serta ratusan aktiviti di peringkat negeri dan daerah dianjurkan dengan sasaran penyertaan seramai 5.2 juta rakyat Malaysia.
Tahun ini juga menyaksikan penganjuran semula Anugerah Sukan Untuk Semua, yang mengiktiraf individu, keluarga dan organisasi yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya sukan di peringkat akar umbi — seiring usaha membina masyarakat yang sihat, cergas dan progresif.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
