Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025
- ukk
11 Oktober 2025, Kuala Terengganu, Terengganu - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Bertemakan “Malaysia Aktif”, sambutan tahun ini menekankan pendekatan inklusif dan mesra komuniti dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas serta komuniti OKU.
Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan antaranya Kayuhan MADANI 30km, Larian Ria MADANI 5km, Berjalan MADANI 3km, Ping Pong Berpasukan, Cabaran Memanah 3D, Bowling Padang Veteran & OKU dan banyak lagi.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memperuntukkan RM2.3 juta bagi lima projek pembangunan sukan di negeri ini yang meliputi kerja-kerja naik taraf dan pembinaan baharu, termasuk:
- Pembaikan lampu limpah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,
- Pembangunan Litar Latihan MotoGP & Pocketbike,
- Naik taraf gelanggang sepak takraw di Tok Jiring,
- Pembinaan gelanggang futsal piawaian FIFA, serta
- Pembinaan gelanggang pickleball/padel di Gerbang Sukan Negeri Terengganu.
Inisiatif pembangunan ini bukan sahaja memperkukuh kemudahan sukan di Terengganu, malah menyokong pertumbuhan komuniti dan ekonomi setempat serta menyediakan lebih banyak ruang kepada rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
