Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara AEON Credit dan ZK Racing
- ukk
15 Oktober 2025, Sepang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir dalam majlis pengumuman pasukan Moto3™ Wildcard yang berlangsung hari ini di PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).
Dalam majlis tersebut, pelumba muda negara, Hakim Danish diumumkan bakal membuat penampilan sulung di pentas dunia melalui penyertaan sebagai pelumba Wildcard bersama Pasukan AEON Credit SIC Racing MSI pada PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 (MotoGP™ Malaysia) yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025.
Majlis turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara AEON Credit dan ZK Racing, menandakan satu perkongsian strategik dalam pembangunan sukan permotoran negara melalui Blueprint Pembangunan Sukan Permotoran Malaysia (MDEV). Blueprint ini merupakan inisiatif bersama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan SIC bagi membangunkan bakat sukan dua roda.
KBS memperuntukkan RM3 juta untuk Program MDEV Berprestasi Tinggi 2025, dan tambahan RM1 juta menerusi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) untuk menyokong penyertaan Hakim Danish dalam FIM JuniorGP World Championship 2025.
AEON Credit juga tampil dengan sumbangan RM1 juta bagi menyokong penampilan wildcard Hakim Danish dalam Moto3™, yang turut menandakan penyertaan pertama syarikat itu dalam dunia sukan permotoran. Langkah ini mencerminkan komitmen jangka panjang AEON Credit terhadap pembangunan belia, komuniti, dan bakat tempatan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
