Berita KBS

 Program Rakan Muda Turun PLKN

Program Rakan Muda Turun PLKN

15 Oktober 2025, Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, telah menghadiri Program Rakan Muda Turun PLKN di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. 

Dalam program ini, YB Menteri telah menyampaikan perkongsian bertajuk “Berfikir di Luar Kotak: Mendepani Cabaran dan Halangan”, yang memberi inspirasi kepada para wiramuda untuk berani mencabar norma serta tampil dengan idea-idea baharu. 

Program ini turut menjadi platform penting bagi anak muda menyuarakan aspirasi dan cadangan mereka secara langsung kepada kepimpinan KBS, selari dengan nilai Keyakinan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI. 

YB Menteri juga berkongsi pelbagai inisiatif kerajaan dalam pembangunan belia dan sukan, khususnya melalui pelaksanaan program oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 01:56:04
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.