Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Remaja Asia Bahrain 2025 dan Temasya Sukan Perpaduan Islam Riyadh 2025
- ukk
16 Oktober 2025, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Remaja Asia Bahrain 2025 dan Temasya Sukan Perpaduan Islam Riyadh 2025.
Penyerahan Jalur Gemilang ini melambangkan sokongan padu kerajaan terhadap atlet muda negara yang bakal membawa cabaran Malaysia ke dua temasya sukan antarabangsa tersebut.
Temasya Sukan Remaja Asia 2025 di Bahrain akan berlangsung dari 22 hingga 31 Oktober, melibatkan penyertaan 120 atlet dan 42 pegawai dalam 17 jenis sukan. Jalur Gemilang diserahkan kepada Yang Berusaha Cik Farah Ann Abdul Hadi, selaku Chef de Mission kontinjen Malaysia.
Sementara itu, Temasya Sukan Perpaduan Islam 2025 di Riyadh yang dijadualkan dari 7 hingga 21 November akan disertai oleh 17 atlet dan 15 pegawai dalam lima acara sukan. Jalur Gemilang diserahkan kepada Yang Berusaha Mohd Sofian Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, yang mewakili Ketua Kontinjen Malaysia, Encik Jefri Ngadirin.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
