Berita KBS

Projek Dengar Rakan Muda

Projek Dengar Rakan Muda

25 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, melancarkan Projek Dengar Rakan Muda, sebuah inisiatif di bawah program Rakan Muda menerusi gaya hidup Rakan Prihatin.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama UEM Sunrise Berhad melalui penyediaan venue di Publika Shopping Gallery dan HELP University, serta Sedia Bersahabat (The Befrienders) Kuala Lumpur menerusi penugasan sukarelawan terlatih.

Projek Dengar Rakan Muda diwujudkan bagi menyediakan ruang selamat kepada belia untuk berkongsi dan didengari — tanpa penilaian, tanpa stigma, tanpa prejudis, serta dengan jaminan kerahsiaan penuh.

Sesi ini akan dijalankan secara percuma pada setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan, bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di The Square, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, mulai 1 November 2025.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.