Berita KBS

Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

26 Oktober 2025, Kuala Lumpur - Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, satu majlis bersejarah telah diadakan di Kuala Lumpur dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara ASEAN dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Majlis yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan pemeteraian kerjasama bagi penganjuran kejohanan baharu, Piala FIFA-ASEAN, yang bertujuan memperkasa pembangunan bola sepak di rantau ini.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memanfaatkan kekuatan bola sepak sebagai wahana memupuk pembangunan budaya, kemajuan sosial serta keamanan serantau.

Perkembangan pesat bola sepak di ASEAN membuktikan keupayaan sukan ini menyatukan masyarakat pelbagai latar dan budaya.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menekankan pemberdayaan belia, keterangkuman sosial dan kerjasama serantau, di samping memastikan sukan ini terus berkembang secara mampan demi generasi akan datang.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 22:11:31
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.