Berita KBS

2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium

2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium

29 Oktober 2025, Labuan - Dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, 2025 ASEAN Sports Integrity & Anti-Doping Symposium anjuran KBS melalui Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh amalan budaya sukan yang bersih, adil dan berintegriti melalui pematuhan terhadap peraturan anti-doping serta pelaksanaan tadbir urus sukan yang telus.

Simposium ini turut menjadi platform penting bagi perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara negara-negara ASEAN, agensi anti-doping antarabangsa serta badan sukan dunia. 

Antara pengisian utama termasuk perbincangan mengenai pelaksanaan World Anti-Doping Code dan International Standards 2027, pendidikan berasaskan nilai, pencegahan pengaturan perlawanan dan aspek integriti dalam pengurusan sukan.

Program ini turut disertai oleh wakil-wakil negara ASEAN, agensi persekutuan dan negeri, World Anti-Doping Agency (WADA), Japan Anti-Doping Agency (JADA), Korea Anti-Doping Agency (KADA), Sport Integrity Australia (SIA), Asian Football Confederation (AFC), Badminton World Federation (BWF), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sekretariat ASEAN, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta pelbagai persatuan sukan antarabangsa dan kebangsaan.

Penganjuran ini membuktikan kesungguhan Malaysia untuk terus menjadi rakan strategik utama dalam memperkukuh ekosistem sukan yang berintegriti dan bebas doping di peringkat ASEAN dan global.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI  #MADANIBekerja

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.